Saturday, December 25, 2010

Memori Semalam

Assalamualaikum WBT..

Ape kaba semua, harap semuanya sihat2 belaka la ye. Haa, cuti pun hampir melabuhkan tirainya, so macam mane persiapan minggu akhir berada di rumah?? Habiskan cuti dengan jalan2 ngan member, suruh mak masak tu masak nie, jalankan kerja bagi mereka yang bekerja nak kumpul duit & macam-macam ag ar kan. Mesti banyak benda nak buat sebelum kembali semula ke ‘alam persekolahan’. Haissh bila di sebut mengenai alam persekolahan nie mesti ramai yang agak tertekan, yela cuti xpuas ag la, takut nak berdepan dengan keputusan exam, takut tengok jadual sem depan, apetah lagi masuk ke ‘alam baru’.. huhhh, satu cabaran kan. Tapi sedar x sedar benda sama yang kita lalui, cube jenguk balik cuti akhir tahun lepas, perkara cam ginie jugak yang berlaku kan. So benda same je yang kita lalui sebenarnya. Oleh itu, relak la.. InsyaAllah semuanya akan baik2 saja. Percayalah & yakinlah result semua akan ok sebab kita da berusaha bersungguh2 untuk buat yang terbaik & keputusan yang diperolehi tulah hasil dari tahap kesungguhan kita!

Ok, sekarang kita lupekan kejap hal ‘alam persekolahan’ kita tu, yela ape2 pun tunggu bukak sem nanti coz mane tahu ada ape2 perubahan ke. Haa, berdoalah semoga ada keajaiban yang berlaku. Ok petang tadi Alhamdulillah saya bekesempatan untuk menemani mama ke Jerteh untuk membeli kelengkapan sekolah adik yang bongsu..*agak jeles sebab dia di layan bagaikan raja*hehe. Waa, orang punye lah ramai, nak2 ari minggu. Seronok tengok suasana si ibu kalut mencari kasut untuk anak-anaknya, si ayah sibuk menyarungkan baju sekolah ke badan anak-anaknya & x kurang jugak dengan si abang dan kakak yang sibuk mencarikan set alat tulis untuk mereka dan adik-adik.

Arrghh, hati kecil nie tibe2 teringat akan memori semalam! Bila last g cari kasut sekolah ngan mama & baba ea.. ermm, masa zaman sekolah rendah kot.. *cerita zaman dahulu kala* haa, dekat nak bukak sekolah mula la mama sibuk menjerit panggil ‘mimi,aina,azzim g siap nak g cari kasut sekolah, beg nie’.. time tu punye la seronok, dalam kepala nie da fikir da kasut ape nak, beg macam mane nak beli, pensil box, alat tulis & macam2 la.. seronok oo pakai kasut baru..putih berkilat lagi.. haa, da sampai kedai kasut, mula la main tunjuk2 ‘ma, nak kasut tu’. Time tu kecik ag kan, mama ikut je anak nak yang mane. Mase sekolah rendah dulu popular ngan kasut tampal, beg tarik, botol air yang ada tali, pencil box gambar kartun la.. seronok bila ingat zaman tu. Lepas da beli semua tu, balik rumah mula la bergaya depan cermin.. haha, punyelah exited.. nie baru part beli barang kelengkapan..

Bila time sekolah bukak, rindu nak jumpe kawan2. Bukan rindu nak tanye kaba tapi rindu nak main sekali. Main2 pusing sekolah tu perkara wajib ar bila sampai sekolah tu. Pastu masing2 tunjuk kasut baru, beg baru, pencil box baru sampaikan kadang2 kawan ‘terpijak’ kasut bergaduh dekat seminggu. Sayang, kasut baru kena pijak..hehe. pastu lau kawan nak pinjam pemadam ke pensil ke mesti takut nak bagi, takut x pulangkan balik..hehe..*jangan tiru aksi sebegini,xelok ye*. 6 tahun berlalu kat sekolah rendah, banyak memori ngan kawan2 tapi yang paling best, xyah pening fikir pasal masalah, tenang je kan! Hepi je, main, blaja, amek periksa..huhu… da naik sekolah menengah perangai makin berubah. Ikut ‘jiwa remaja’ katakan. Kalau dulu beli beg, kasut ngan mama tapi bila naik sekolah menengah g beli ngan kawan2. Janji nak kuar bila & beli sama2. Kalau ada geng, 1 geng tu mesti kasut same je.. aii sekolah oohhh sekolah! Banyak sungguh cerita tentang sekolah kan..

Ingatnye sekolah menengah sekolah terakhir, upenya masuk agi sekolah yang tinggi sikit *rajin belaja rupenya kita nie kan*… haa, masuk sekolah yang nie jumpe la kawan2 dari pelbagai destinasi, perangai pun yang bermacam2 tapi seronok sebab kat sini lah kita belajar cara untuk jadi dewasa. Kita da berdepan dengan masalah, masalah yang mendewasakan kita, kita jumpe dengan pengalaman yang banyak mengajar kita, kita jumpe dengan kekecewaan yang mematangkan kita & banyak ag ar. Cara belajar pun da makin lain, kita pun da makin jelas dengan cita-cita yang nak digapai! Kalau di tengokkan balik, rentetan hidup kita nie semua ada cerita menarik. Cube korang selak memori semalam & sehingga la sekarang. Ala lau ada cite sedih tu memang lumrah la kan, manusia x selamanya akan gembira sebab kesedihan tu lah yang mendewasakan kita & mengajar kita. Lau kita x rasa kesedihan tu, mungkin kita x dapat nak selami ape yang orang lain rasakan. Oleh itu bersyukurlah dengan apa yang kita miliki selama ini. Semua perjalanan cerita ada hikmah yang menarik yang telah ALLAH tetapkan. So nikmati hidup ini & jalaninya dengan penuh kesyukuran!

Haa, sori la lau post agak merepek + merapu..tibe2 teringat kat memori lame kan..hehe.. Haa, cuti xlame da nak habis nie..so buat persiapan cepat2 & tengok calendar bile lak cuti seterusnya..hehe.. Ape2 pun jaga diri, nikmati cuti yang masih tinggal nie..(^___^*)

notakaki :: Hidup x selalunya indah, tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan!

:: Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza! Semalam kita adalah kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita & masa sungguh bermakna.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...