Wednesday, December 1, 2010

Hidup Ini -bahagian 2-

Assalamualaikum W.B.T...

Ermm selamat menyambut kedatangan bulan Disember.. Hohoho.. bunyi yang selalunya akan kedengaran kat TV lau ada siaran tentang Krismas.. Tapi kita orang Islam xsambut ye, harap maklum !.. Bulan Disember, kiranya tinggal beberapa ari je lagi untuk melangkah ke tahun baru & nanti sinonim la dengan azam tahun baru, ape azam yang tertinggal & bla, bla, bla..

Ok, arinie xmau cite pasal azam, semua tu lambat lagi. Hari nie kita sambung pada post yang terdahulu. kalau post dulu, saya ada tulis pasal "Kecewa Itu Guru" untuk post nie saya nak tulis pasallllll........

**************
PERUBAHAN

Kalau dikatakan tentang perubahan, ape perkara pertama yang muncul dalam benak kalian?? Proses untuk berubah dari jahat ke baik, dari negatif ke positif, dari buruk ke cantik & sebagainya? Ada x orang berubah dari baik ke jahat?? Ada k, semua tu bergantung pada seseorang individu.

Ok, secara ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan! Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, diberikan tapi masih xada perubahan, maka itu maknanya kita GAGAL dalam "Sekolah" kehidupan kita. Contohnya kita frust @ kecewa dalam satu ujian hidup seperti frust cinta, hakikatnya ia adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah. Xpun kita frust sebab xdapat ape yang kita nak, sebenarnya ia adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula menghargai apa yang sudah kita miliki!

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, sama ada baik @ buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. maka, ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik seterusnya ke arah yang lebih CEMERLANG. Setiap detik, setiap masa & ketika, ada saje peristiwa yang akan kita hadapi.. maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan.. Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sesekali menangguh pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya anda akan menangguhkan datangnya kebaikan.

Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa kita remaja lagi, supaya kita x akan diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah Cina, "Belajar sewaktu muda bagai mengukit di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas pasir.".. maknanya kat batu tu kan tahan lama & xkan hilang walaupun "dilangar air" tapi melukis di pasir, akan tinggal lagi x selepas "dibawa" air..?? Renung2kan, Selamat beramal...hehe

****************

Ok, post nie pun sampai sini je.. kita jumpa untuk post seterusnya. Segala yang ditulis adalah untuk ingatan diri sendiri jugak!

Nota kaki --> teringat masa saya sakit dulu, betul apa yang dimaksudkan dengan ujian datang dengan perubahan! Kalau ujian x datang, mungkin diri saya xkan berubah menjadi sihat. Sesungguhnya ujian yang Allah timpakan itu terkandung hikmah yang tersendiri sehingga kita xmengetahui & seumpamanya dengan pelajaran yang kita dapat.. kita xkan tahu ape yang kita dapat sehingga kita belajar dari ujian itu.


amek kat google...
ma kacih...


(T_________T)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...