Thursday, December 2, 2010

Hidup Ini -bahagian akhir-

Assalamualaikum W.B.T...

Errmm, terasa sungguh bosan pabila duk kat umah nie.. saya masih berada di KL rumah baba saya. kakak2 saya & baba saya kuar g keja. tinggal saya, mama & adik2.. sebenarnya xtahu nak kuar g mane, tapi tunggu semua ada baru best sikit nak kuar. Pagi tadi kakak saya janji nak bawak g tengok 'repunzel' tapi dia terlajak tido sebab dia keja shif malam semalan & balik lewat.. agak2 kalau g tengok wayang, boleh kurangkan rasa bosan x?? hehe..

Ok, untuk post nie da sampai ke bahagian akhir da.. tibe2 rasa sedih lak, haha.. Yela setiap pertemuan tu pasti ada perpisahan.. Errr, sesuai x ngan post yang nak dikongsi nie.. Haa, bukan last untuk saya MENULIS ye, tapi last untuk post tajuk "HIDUP INI".. 3 bahagian cukup kot. Waa, no 3, saya suka no 2.. ok untuk bahagian akhir nie saya nak kongsi mengenai...:-

*****************

GELOMBANG HIDUP


Dalam sedar atau x, hidup kita nie bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya gelombang tu kecik je & kadang2 gelombang tu besar & ganas. *saya pun x percaya, tapi ape2 pun sila teruskan pembacaan*. Pada gelombang menjadi ganas semua benda yang kita lakukan kita rasa serba x kena. ok kita amek contoh yang dekat ngan seorang pelajar, lau dekat nak final agak2 nya bila time kita akan study untuk final 2. mesti ar dekat2 nak exam kan, xpun esok nak exam, malam 2 baru kita study. Haa, final exam 2 dikatakan gelombang yang besar datang pada kita. Kita kadang2 jadi menggelabah sebab xtahu nak baca ape, cukup x ape yang kita da bace & ape2 je sampaikan semua benda yang kita buat serba x kena. Nape kalau ada masa terluang beberapa ari nak exam kita xbuat persiapan @ time gelombang kecik kita xbuat persiapan?? *renungkan sejenak, jawapan ada dalam diri kita masing2*..

Dalam masa gelombang tu tiba, Tuhan yang menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan je. Semuanya seimbang! xada orang akan berterusan dapat kesenangan je & xada orang akan berterusan dapat kesusahan je. Pernah x kita tengok orang senang, sedangkan kita berada dalam kesedihan. Haa sebenarnya kita berada dalam gelombang hidup pada masa tu & kita perlu hadapi gelombang hidup 2 untuk menggapai kesenangan!

Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang surut dalam hidup. Ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam hidup kita nie, kita x boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan tu, mungkin akan muncul kesusahan! Sama jugak bila kita ditimpa kesusahan @ kesedihan, kita x boleh terlalu sedih kerana mungkin selepas tu Allah SWT akan datangkan perkara yang menggembirakan.

Kesedaran tentang hukum Sunnatullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati...ya selepas nie akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar & apabila datang kesenangan, kita tetap x alpa sebab kita katakan pada diri kita.. ya, selepas nie akan datang kesusahan. Bersiap sedialah. Hakikatnya, x ada kesenangan & kesusahan yang abadi di dunia nie. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang & susah yang berterusan..

Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan "cuaca" kehidupan itu tapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita kecewa, terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba mudah & serba senang! Hidup x selalu indah, kerana disitulah keindahan hidup!

****************
Fahami sebuah "Pesanan : Amal Soleh"

PERTAMA telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap2 mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan ia terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turun masuk ke kubur dan menghiburkannya di dalamnya. Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku. supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.

-Imam Ghazali-

*******************



Mutiara kata ---> Buat persiapan ketika gelombang kecil, jangan tunggu hingga gelombang besar tiba!

Rakan2 pembaca sekalian, kisah "Hidup Ini" telah saya ambil dari sebuah buku mengenai cinta yang diberi nama "Tentang Cinta karya Pahrol Mohd Juoi". Saya memilih tajuk "Hidup Ini" sebab bagi saya ia mengajar mengenai kehidupan yang kita lalui. 'Kecewa itu guru, Perubahan & Gelombang hidup' semuanya adalah mengenai satu siri kehidupan.

Terkadang kita fikir, cinta manusia itu cinta yang hakiki, cinta yang tulus, cinta yang abadi tapi sedar x kita yang cinta ALLAH SWT itu yang lebih utama, lebih tulus, lebih abadi. Apa yang telah DIA tetapkan pada kita semuanya mengandungi hikmah yang tersendiri. Itulah sekolah kehidupan, kita xkan peroleh pelajarannya jika kita x melalui alam persekolahan. Buku yang banyak mengajar mengenai cinta. Cinta kepada seseorang, cinta kepada masyarakat, cinta kepada diri sendiri & yang paling utama ialah cinta kepada yang Maha Esa.

Buku nie jugak banyak bagi input mengenai kehidupan nie, buku yang sangat menarik untuk dibaca. Sekadar perkongsian buat diri sendiri & sahabat semua. Ok la, memandangkan post nie bahagian akhir, saya dengan ini memohon ampun dan maaf andainya ada menyakitkan mana2 pihak antara sedar @ x. Yang baik itu datang dari Allah & yang buruk itu juga datang dari Allah tetapi disandarkan pada kelemahan diri saya. Semoga bertemu lagi di post seterusnya & di tajuk baru.. hehe..

nota kaki --> anda minat post nie, sila klik butang "like" yang ada kat bawah nie.. hehe, saya baru masukkan, sorilah agak ketinggalan sikit. Tapi ape2 pun Alhamdulillah sebab da berjaya masukkan!

Terima kasih sebab sudi membaca..
(T___________T)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...