Friday, December 17, 2010

Kematian Pasti Muncul

Assalamualaikum WBT…

Setiap yang hidup di atas muka bumi ini pasti akan kembali menemui Sang Pencipta-Nya.

Jangan kita terlalu leka dengan keseronokan di dunia sehingga kita lupa bahawa Malaikat Maut hanya menunggu arahan dan menunggu saat untuk mencabut nyawa kita bila2 masa sahaja kan.

Ya Allah, pengajaran yang Kau berikan cukup halus dan indah.. Di ambil nyawa orang yang dekat atau jauh dengan kita untuk memberi peringatan kepada kita bahawa nyawa kita bila-bila masa sahaja akan diambil.

Di saat aku terleka seketika dengan dunia nie, ada insan yang aku sayangi sedang bertarung di akhir nyawanya..

Semoga ayah saudaraku di cucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..

Al-Fatihah..

Firman ALLAH SWT :-

"Tiap-tiap jiwa merasakan mati; kemudian kepada Kami kamu dikembalikan." (29:57)

"Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke Taman, akan mendapat kemenangan. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan." (3:185)

"Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan." (21:35)

"Dia yang menghidupkan, dan mematikan; apabila Dia menentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya, 'Jadilah', dan jadilah ia." (40:68)

"Katakanlah, 'Malaikat maut yang diamanahkan untuk kamu akan mematikan kamu, kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu dikembalikan.'" (32:11)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...