Assalamualaikum WBT
Sebelum kita mengetahui strategi syaitan & iblis untuk menjerumus & membinasakan manusia, ada baiknya kita terlebih dahulu mengetahui visi dan misi syaitan yang suka menggoda manusia dengan menabur janji palsu dan tipu daya serta berusaha menjauhkan manusia kepada ALLAH SWT.
Antara strategi syaitan untuk mewujudkan visi dan misinya untuk melupakan dan memperdayakan manusia adalah seperti berikut :
1. Waswas
Waswas @ sangsi bermaksud membisikkan keraguan pada manusia ketika melakukan kebaikan @ amal salih. ketika azan Subuh berkumandang, misalnya tubuh kita masih dililit selimut. Timbul dalam benak kita; "nanti la dulu, 5 minit lagi". Ini adalah waswas. Kenyataannya bukan 5 minit, tapi satu jam kadang2 sehingga akhirnya solat Subuh lambat atau x solat langsung kerana sudah habis waktu. Ada juga yang waswas samaada kita sudah melaksanakan duduk tahiyat awal pada solat tiga atau empat rakaat.
2. Tazyin
Tazyin bermaksud membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan. Segala yang berbau maksiat biasanya dilihat indah dan mengasyikkan. Misalnya, merpati 2 sejoli kelihatan lebih mesra daripada pasangan suami isteri. Kemesraan berdua-duaan tanpa nikah dilihat lebih nikmat & mengesankan daripada setelah diijabkabulkan. Ini kerana ada unsur tazyin. Berdua-duaan itu menjurus kepada maksiat, manakala nikah itu suara ibadah. Inilah yang disebut strategi tazyin.
3. Tamanni
Tamanni bermaksud memperdayakan manusia dengan khayalan dan angan-angan. Ada di antara kita berniat sebelum tidur untuk mendirikan solat tahajud dengan 'mengunci' jam loceng pada jam 3 pagi. Apabila loceng berbunyi, kita segera mematikannya dan meneruskan tidur hingga x dapat menunaikan niat kita. Pernahkan kita ingin bertaubat? Namun pada saat maksiat ada di depan mata, sesetengah kita terus saja melakukannya. Ironisnya ini berlaku berkali-kali. Inilah yang disebut strategi tamanni.
4. A'dawah
A'dawah bermaksud berusaha menanamkan pemusuhan. Syaitan berusaha untuk mewujudkan permusuhan sesama manusia apa lagi kepada suami isteri, adik beradik dan jiran tetangga. Biasanya permusuhan bermula dari prasangka buruk. Supaya manusia bermusuhan, syaitan akan menumbuhkan sikap itu. Jika kita berprasangka buruk kepada orang lain, bermakna kita telah terperangkap dengan strategi syaitan.
5. Takhwif
Takhwif bermaksud menakut-nakuti. Pernahkah kita merasa takut akan kehilangan sesuatu, pernahkan kita merasa akan jatuh miskin kerana menginfakkan @ mendermakan sebahagian harta kita? Pernahkah kita takut disebut alim kerana datang ke majlis agama? Kalau pernah merasakan, inilah strategi takhwif.
6. Shaddun
Shaddun bermaksud berusaha menghalangi manusia daripada menjalankan perintah Allah dengan menggunakan pelbagai cara. Pernahkan kita berasa malas untuk solat atau mengantuk ketika membaca al-Quran meskipun sudah cukup tidur? Pernah kita malas untuk solat berjemaah dengan mendengar ceramah agama di masjid? Ini adalah gejala shaddun dari syaitan.
7. Wa'dun
Wa'dun bermaksud membuat janji palsu. Syaitan berusaha memujuk manusia agar memberikan janji-janji yang menggiurkan. Akhirnya, manusia mempercayainya. Misalnya, banyak kes seorang wanita menyerahkan kehormatan diri kepada kekasihnya yang berjanji untuk bernikah, namun setelah hamil @ dinodai, dia tidak mahu bertanggungjawab, si lelaki menghilangkan diri. Inilah contoh wa'dun atau janji palsu dari syaitan.
8. Kaidun
Kaidun bermaksud helah dan tipu daya. Syaitan berusaha untuk memasang sejumlah perangkap agar manusia terjebak. Pernahkah kita diberi tugas, kita berfikir "Ah, nanti dulu la, banyak lagi masa ni!'. Ternyata sekali dekat waktunya kita mengerjakan secara tergesa-gesa atau asal siap hingga hasilnya tidak memuaskan. Ada kalanya kerja anda tidak siap pada waktu yang ditetapkan. Strategi ini disebut kaidun.
9. Nisyan
Nisyan bermaksud lupa. Sesungguhnya lupa itu adalah hal yang manusiawi. Lupa memang sesuatu hal yang manusiawi, tetapi syaitan berusaha agar manusia menjadi pelupa sebagai alasan untuk menutupi tanggungjawab. Pernahkan kita lupa menunaikan janji, lupa solat dan lupa membuat sesuatu pekerjaan yang disuruh? Kalau sesekali itu boleh disebut manusiawi, tetapi kalau sering dilakukan bermakna kita terjebak dengan strategi nisyan.

**********
Justeru, berhati-hatilah dengan hasutan dan godaan syaitan ketika menjalani kehidupan seharian. Ingatan buat diri saya juga...
(^________^*)
Sumber : Hajideen; Milenia Muslim Disember 2010.

No comments:
Post a Comment