Friday, December 24, 2010

Jika Nafas itu Terhenti!!

Nafas..
Satu pemberian yang teramat berharga..
Satu nikmat yang tidak ternilai..

Nafas..
Kerana dengan nafas itu,
Dia bisa bernafas..
Dia bisa nikmati hidup ini..
Dia bisa mengenali alam ini..
Dia bisa mengenali Sang Pencipta nya..

Nafas..
Ia terus berdetik, berdetik tanpa henti..
Namun, pabila arahan di terima dari Sang Pencipta,
Nafas itu akan di ambil kembali,
Tatkala itu barulah di sedari,
Bahawa semuanya hanyalah pinjaman semata-mata.

Jika nafas itu terhenti..
Tiada apa yang bisa dilakukan,
Taubat, menyesal sudah tiada guna lagi..
Menoleh ke belakang, suatu perkara yang mustahil,
Kerana dunia lain sudah menanti..

Sahabat,
Andai nafas itu terhenti,
Jangan ditangisi, namun senyuman mohon diukiri,
Kerana di situlah kehidupan bakal bermula,
Andai nafas itu terhenti,
Jangan diratapi kerana semuanya sudah tiada guna lagi..

Namun selagi nafas ini belum terhenti,
Perjuangan itu akan dilalui,
Kerna dia yakin, setiap langkah yang dilalui pasti ada hikmah & ceritanya..
Jika takdirnya perjuangan itu dilalui seorang diri,
Akan dia laluinya,
Akan dia perangi hingga hujung nafas itu.

Itu tekadnya,
Meskipun perjuangan itu bakal menamatkan nafasnya,
Kerana keyakinannya kepada Sang Pencipta adalah yang utama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...