Saturday, December 11, 2010

Kembali Seperti Sediakala

Assalamualaikum WBT

Pagi tadi jam 9.30 pagi saya & mama naik bas untuk pulang ke Besut. Naik bas kat Hentian Duta dan dihatar oleh baba, aina & kak ama. Naik2 bas, jalan straight, jalan bengkok, saya tido je. Biase la orang naik bas + lak saya x sihat jadi saya tido je. 1.40 petang bas Perdana berhenti kat Merapoh untuk solat zohor & makan2. Jam 2.30 bas tu bergerak balik & tepat jam 6.20 petang saya tiba di Kuala Besut. *otak saya penat nak kira berapa jam naik bas* Terima kasih buat pak sepupu saya kerana menjemput saya dan mama saya.

Maka tiba lah saya di rumahku, syurgaku. Saya rasa nie la percutian yang paling lama! Lama giler tinggalkan rumah nie kesorangan. Saya & mama je balik dulu, adik2 akan balik dengan baba minggu depan. Tinggallah saya dengan mama. Yess boleh jadi anak emas jap..haha. bila da balik ke Besut, maka tamatlah cuti-cuti Malaysia saya. Hidup saya akan kembali seperti sediakala!! Duduk kat rumah dan kembali menjadi seperti cinderella , kemas rumah, basuh baju, masak, anta & amek nenek saya, jaga kedai, cari barang & macam2 lagi. Rutin yang biase dilakukan kalau berada di rumah. Haa, sama macam Cinderella & repunzel kan, cume diaorang comel, ada rambut panjang.. lagipun Cinderella jam 12 tengah malam da kena balik, saya 12 tengah malam da gelap rumah nie…hihi.. Encik putera raja cepatlah datang meminang ye….haha. mama sila jangan baca post nie, mimi buat keja rumah dengan ikhlas k.. Haiip, xelok riak..!!

Saya terpaksa balik dulu sebab ada urusan yang perlu diselesaikan. Urusan saya! Urusan yang bakal merubah hidup saya *mungkin ar*.. Ya Allah saya takut nak menunggu tarikh tu! 3 hari lagi saya bakal berjumpa dengan en beliau. En beliau saya harap awak x marah2 saya macam selalu ye & tolong la bagi keputusan yang POSITIF!! Saya amat2 takut nak berjumpa dengan anda ok. Menghitung hari untuk berjumpa dengan anda..*tibe2 teringat lak kat lagu Menghitung Hari dendangan Krisdayanti.*

*cikgu math, boleh x dalam kira-kira xada no 14. Terus ke no 15?? Boleh x..??

*bila teringat kat en beliau, saya jadi tension + demam yang dialami pun makin teruk. En demam saya pun takut nak jumpa dengan en beliau…*

*mama, mimi start jadi Cinderella ari Isnin ye.. xlarat sangat.. en demam x puas lagi bermanja dengan mimi ni..huk..huk..huk.. en batuk yang handsome pun sama, xpuas bermanja lagi..*

notakaki --> en beliau, saya amat berharap keputusan yang positif dari awak! saya berharap sangat2.. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari2 yang mendatang, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala ketentuanMu. Amin.. *Menghitung Hari*



*boleh x buat macam nie kat en demam & en batuk*
hehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...