Asslamalualikum WBT..
Hari nie merupakan hari bersejarah dalam bulan Islam di mana terdapat banyak peristiwa sejarah Islam yang terjadi pada hari nie atau disebut 10 Muharram. Sama-sama kita baca dan amalkan.
Sumber : Rahsia & Amalan Bulan Islam ; Muharram - Zulhijah.
: Amalan & Ibadat Seharian.
: Terbitan Darulnuman.
Kerana pada waktu itu umat Islam masih belum mempunyai tahun yang pasti, maka tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW disebut Tahun Gajah. Sebab dinamakan Tahun Gajah, kerana tentera Abrahah dari Ethiopia menyerang kota Makkah dengan maksud untuk meruntuhkan Kaabah. Abrahah dan pasukannya datang ke Makkah dengan mengenderai gajah. Akan tetapi usahanya ini gagal kerana dihancurkan Allah dengan mengirim burung Ababil yang menjatuhkan batu-batu berapi, sehingga tubuh mereka hancur seperti kayu yang dimakan ulat.
Untuk menentukan hitungan dan nama-nama tahun yang pasti di dalam Islam, maka khalifah Umar bin Al-Khattan berpendapat dan menilai bahawa peristiwa hijrah Rasulullah SAW adalah merupakan peristiwa sangat penting untuk dijadikan hitungan permulaan tahun dalam Islam.
Khalifah Umar bin Al-Khattab beralasan, bahawa dengan berhijrahnya Nabi Muhammad SAW, telah membuatkan baginda terhindar dari ancaman maut, selamat dari penganiayaan kaum Musyrikin Makkah dan di tempat baru lebih terbuka kesempatan untuk menyebarluaskan ajaran Islam ke tengah masyarakat. Di samping itu hijrah merupakan peristiwa bersejarah yang memisahkan antara Makkah dengan Madinah.
Usulan khalifah Umar bin Khattan diterima oleh para sahabat pada waktu itu, maka ditetapkanlah satu Muharram sebagai permulaan tahun baru dalam Islam atau disebut dengan permulaan tahun Hijrah.
1. Taubat Nabi Adam as, diterima oleh Allah SWT.
2. Nabi Idris as. diangkat ke Syurga.
3. Nabi Nuh as. diselamatkan dalam pelayarannya.
4. Nabi Ibrahim as. diselamatkan Allah dari dibakar Raja Namrud.
5. Nabi Yunus as. dikeluarkan dari perut ikan nun.
6. Kesalahan Nabi Daud as. diampuni oleh Allah.
7. Nabi Yusuf as. dibebaskan dari penjara.
8. Nabi Ya'kub as. dapat melihat kembali.
9. Nabi Ayub as. disihatkan dari penyakit kulit.
10. Laut merah terbelah dua.
1. Puasa sunat Muharram dan keutamaanya.
10 Muharram adalah merupakan hari yang sangat bersejarah di dalam Islam sebagaimana sangat banyak peristiwa2 penting yang terjadi. Memandangkan sangat mulianya hari tersebut, maka Rasulullah SAW menganjurkan supaya kita mengerjakan ibadah puasa. Bagi yang mengerjakan ibadah puasa pada hari ke 10 dari bulan Muharram itu akan memperoleh pahala sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud :
"Seutama-utama solat selepas solat fardhu adalah solat di waktu malam dan seutama-utama puasa selain puasa bulan Ramadhan adalah pada bulan Allah, iaitu Muharram."
(HR. Muslim)
"Rasulullah SAW ditanya berkenaan puasa hari Asyura (hari ke 10 dari bulan Muharram), maka baginda menjawab : "Dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu."
(HR. Muslim)
"Barangsiapa berpuasa satu hari dari bulan Muharram maka baginya setiap hari mendapat 30 kebajikan."
(HR. Muslim)
Imam Syafi'e di dalam kitabnya "Al-Um menyatakan bahawa sunnah hukumnya berpuasa pada hari itu, iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
2. Bersedekah, Mandi Sunat, Menyatuni Anak Yatim dan Melihat Orang Sakit.
Di samping berpuasa, dianjurkan pula supaya memperbanyak sedekah pada hari tersebut, kerana dalam suatu riwayat dikatakan ; barangsiapa bersedekah pada hari itu seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta selama hidupnya dan barangsiapa yang mandi sunat diniatkan mandi menyambut 10 Muharram nescaya tidak akan terkena sakit pada tahun itu, kecuali mati.
Barangsiapa menyantuni atau menyapu kepala anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia menyantuni seluruh anak yatim di muka bumi dan barangsiapa melihat seorang sakit pada hari itu, seolah-olah ia melihat seluruh orang sakit.
Hari nie merupakan hari bersejarah dalam bulan Islam di mana terdapat banyak peristiwa sejarah Islam yang terjadi pada hari nie atau disebut 10 Muharram. Sama-sama kita baca dan amalkan.
Sumber : Rahsia & Amalan Bulan Islam ; Muharram - Zulhijah.
: Amalan & Ibadat Seharian.
: Terbitan Darulnuman.
A. Pengertian Muharram
Muharram ertinya "yang diharamkan" atau "yang dipantangkan". Dinamakan Muharram kerana pada bulan ini dilarang berperang atau menumpahkan darah. Larangan ini berlansung terus sampai pada masa permulaan Islam.B. Penetapan Satu Muharram Sebagai Tahun Baru Hijrah
Sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, tahun dihitung mulai baginda diangkat menjadi Rasul, umpamanya disebut tahun ke 5 atau tahun ke 6 kerasulan.Kerana pada waktu itu umat Islam masih belum mempunyai tahun yang pasti, maka tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW disebut Tahun Gajah. Sebab dinamakan Tahun Gajah, kerana tentera Abrahah dari Ethiopia menyerang kota Makkah dengan maksud untuk meruntuhkan Kaabah. Abrahah dan pasukannya datang ke Makkah dengan mengenderai gajah. Akan tetapi usahanya ini gagal kerana dihancurkan Allah dengan mengirim burung Ababil yang menjatuhkan batu-batu berapi, sehingga tubuh mereka hancur seperti kayu yang dimakan ulat.
Untuk menentukan hitungan dan nama-nama tahun yang pasti di dalam Islam, maka khalifah Umar bin Al-Khattan berpendapat dan menilai bahawa peristiwa hijrah Rasulullah SAW adalah merupakan peristiwa sangat penting untuk dijadikan hitungan permulaan tahun dalam Islam.
Khalifah Umar bin Al-Khattab beralasan, bahawa dengan berhijrahnya Nabi Muhammad SAW, telah membuatkan baginda terhindar dari ancaman maut, selamat dari penganiayaan kaum Musyrikin Makkah dan di tempat baru lebih terbuka kesempatan untuk menyebarluaskan ajaran Islam ke tengah masyarakat. Di samping itu hijrah merupakan peristiwa bersejarah yang memisahkan antara Makkah dengan Madinah.
Usulan khalifah Umar bin Khattan diterima oleh para sahabat pada waktu itu, maka ditetapkanlah satu Muharram sebagai permulaan tahun baru dalam Islam atau disebut dengan permulaan tahun Hijrah.
C. Peristiwa Yang Terjadi Pada Sepuluh Muharram.
Terdapat pelbagai peristiwa penting yang berlaku pada tarikh ini. Namun di sini dapat diringkaslan sahaja peristiwanya. -mohon maaf ye-1. Taubat Nabi Adam as, diterima oleh Allah SWT.
2. Nabi Idris as. diangkat ke Syurga.
3. Nabi Nuh as. diselamatkan dalam pelayarannya.
4. Nabi Ibrahim as. diselamatkan Allah dari dibakar Raja Namrud.
5. Nabi Yunus as. dikeluarkan dari perut ikan nun.
6. Kesalahan Nabi Daud as. diampuni oleh Allah.
7. Nabi Yusuf as. dibebaskan dari penjara.
8. Nabi Ya'kub as. dapat melihat kembali.
9. Nabi Ayub as. disihatkan dari penyakit kulit.
10. Laut merah terbelah dua.
D. Amal Ibadah Yang Dianjurkan Pada Bulan Muharram.
1. Puasa sunat Muharram dan keutamaanya.
10 Muharram adalah merupakan hari yang sangat bersejarah di dalam Islam sebagaimana sangat banyak peristiwa2 penting yang terjadi. Memandangkan sangat mulianya hari tersebut, maka Rasulullah SAW menganjurkan supaya kita mengerjakan ibadah puasa. Bagi yang mengerjakan ibadah puasa pada hari ke 10 dari bulan Muharram itu akan memperoleh pahala sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud :
"Seutama-utama solat selepas solat fardhu adalah solat di waktu malam dan seutama-utama puasa selain puasa bulan Ramadhan adalah pada bulan Allah, iaitu Muharram."
(HR. Muslim)
"Rasulullah SAW ditanya berkenaan puasa hari Asyura (hari ke 10 dari bulan Muharram), maka baginda menjawab : "Dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu."
(HR. Muslim)
"Barangsiapa berpuasa satu hari dari bulan Muharram maka baginya setiap hari mendapat 30 kebajikan."
(HR. Muslim)
Imam Syafi'e di dalam kitabnya "Al-Um menyatakan bahawa sunnah hukumnya berpuasa pada hari itu, iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
2. Bersedekah, Mandi Sunat, Menyatuni Anak Yatim dan Melihat Orang Sakit.
Di samping berpuasa, dianjurkan pula supaya memperbanyak sedekah pada hari tersebut, kerana dalam suatu riwayat dikatakan ; barangsiapa bersedekah pada hari itu seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta selama hidupnya dan barangsiapa yang mandi sunat diniatkan mandi menyambut 10 Muharram nescaya tidak akan terkena sakit pada tahun itu, kecuali mati.
Barangsiapa menyantuni atau menyapu kepala anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia menyantuni seluruh anak yatim di muka bumi dan barangsiapa melihat seorang sakit pada hari itu, seolah-olah ia melihat seluruh orang sakit.
**************
Semoga sama-sama dapat kita lakukan amalan di atas.(ingatan buat diri sendiri juga).
Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan kami meminta keampunan Allah SWT atas yang sedemikian itu kerana tiadalah upaya melainkan dengan pimpinan dan pertolongan-Nya.
Teguran yang membina amat dialu-alukan.
Sekian, Wassalam..
(^_______^*)

2 comments:
selamat menyambut Hari Asyura ;)
terima kasih kerana info2 yg menarik i2 :)
selamat menyambut hari Asyura juga...
sama-sama wyna..(^_^*)
Post a Comment