Wednesday, January 5, 2011

Kehidupan

Assalamualaikum WBT...

Kata orang, hidup ini umpama roda. Kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah. Pabila kita berada di atas, janganlah leka kerana kita pasti akan berada di bawah suatu hari nanti. Dan apabila kita berada di bawah, janganlah bersedih atau cepat berputus asa kerana yakinlah selepas berada di bawah kita akan berada di atas. Itulah hidup, setiap aturan yang Allah tentukan itu indah. Kadangkala kita memohon supaya tidak ditimpa sesuatu namun jika semua itu telah ditetapkan maka Redha dan Sabar adalah jalan yang terbaik!

Yakinlah setiap sesuatu yang menimpa kita pasti ada hikmah yang cukup indah untuk dirasai kemudian. Tabahlah dan kuatlah menghadapi setiap dugaan yang mendatang dan jalan yang terbaik adalah berdoa kepada Allah Yang Maha Esa. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terkandung dalam hati setiap hamba-Nya dan Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

notakaki : Syukur Alhamdulillah, kerana diberi peringatan..

2 comments:

nhmy1303 said...

mimie!!
kuat k..
akak tau mimie kuat,,
akak pun tak kuat macam mimie..
Allah tak kan uji hambaNya dengan sia2..
didatangi ujian itu utk tnda sayangnya Allah pada kita..
igt ye..hikmah tu tak kan dtg dlm sekelip mata..tp ia ttp ada.
=)

Nur Shamimi Jamudin said...

Syukran kak wanie...
InsyaAllah mimi akan kuat...
ye, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan hikmah tu xkan dtg dlm sekelip mata..mimi akan ingat tu...
time kasih..(^_____^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...