Wednesday, January 12, 2011

Senyum...

Assalamualaikum WBT…

Apa khabar semua, harap semuanya berada dalam keadaan sihat dan berada dalam jagaan Ilahi..

Rindu.. Teramat rindu, rindu untuk mencoret sesuatu di ruangan ini..

Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat hari ini kerana mampu untuk merasa gembira dan tersenyum dari pagi hingga entah bila saatnya. Namun berharap dapat senyum untuk selama-lamanya.. *Teringat akan kata2 adik senior, kadang2 tengok akak senyum, dalam hati tak tahu apa sebenarnya yang akak rasa..*

Rahsia masih tersimpan rapi, InsyaAllah segalanya akan diharungi dengan tabah dan sabar…

Bermula dengan kelas pertama.. Subjek BMM 3101 yang diajar oleh Pn Hjh Puteh.. Pertama kali berdiri di hadapan kelas dan berlakon seperti seorang guru. Ya Allah sungguh2 mencabar, bukan kekok untuk berdiri di hadapan khalayak namun bertukar status dari seorang pelajar ke seorang pendidik sungguh mencabar.

Baru kini disedari bahawa menjadi seorang guru itu bukan mudah. Namun InsyaAllah perubahan demi perubahan akan dijalankan supaya diri ini lebih bersedi.. *teringin untuk mengikut jejak langkah mama yang tidak pernah mengeluh dalam mendidik anak bangsa*

Alhamdulillah ujian pertama itu lulus meskipun hampir kesemua daripada kami tidak membuat persediaan yang mencukupi, ahli kumpulan mendapat pujian dan beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. Taniah sahabat, kalian layak mendapat pujian..(^___^)

Diikuti dengan waktu rehat yang panjang sebelum kelas seterusnya bermula.. berjumpa dengan pensyarah pembimbing yang akan membimbing untuk subjek yang pernah diambil semester lepas. Sungguh cuak & takut, peperiksaan hanya tinggal beberapa hari saje lagi..*tapi x sedar diri lagi, terus-terusan aktif berblog..* hehe (^____^)

Waktu rehat yang panjang dihabiskan sepenuhnya di perpustakaan untuk menelaah pelajaran untuk peperiksaan yang hampir tiba. *terima kasih buat sahabat2 yang banyak memberi sokongan dan semangat*..

Diikuti dengan kelas kedua iaitu BMM 3117. Menanti kehadiran pensyarah dengan perasaan berdebar-debar kerana sekali lagi terpaksa membentang hasil tugasan yang diterima. Berdoa supaya pensyarah berada dalam keadaan yang baik kerana beliau sungguh garang..hehe.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sekali lagi kumpulan kami mendapat pujian.. Syukur Alhamdulillah..(^___^)

*Teringat akan peristiwa di dalam kelas, kecoh mengenai burger prosperity mcd… Alhamdulillah berpeluang untuk menikmatinya.. Tapi pedas sangat, xsuke black paper & x boleh makan black paper!! Terima kasih pada mereka yang sudi membelikan burger itu* (^_____^*)

Pulang dengan hati yang sungguh tenang dan gembira..

Petang harinya bermain badminton melepaskan segala rasa negatif yang masih wujud dalam hati kecil ini. Selepas beberapa ketika, berpeluang menaiki kereta hijau dan mengikut kakak2 yang baik hati berjalan-jalan.. Sungguh bahagia dan paling bahagia kerana berpeluang untuk menikmati “ais krim mcd” rm1 yang sungguh sedap.. *saya jadi senyap lepas dapat ais krim, makan ais krim itu sungguh nikmat & nikmatinya sebelum tamat tempoh* (^___^)

*******

Ya Allah, bersyukur sangat2 sebab berpeluang merasa bahagia & berpeluang untuk senyum.. Berada di sekeliling mereka membuatkan saya terlupa dengan apa yang saya lalui dan terlupa akan rahsia itu.. Syukur sangat2.. Terima kasih kerana membahagiakan saya, semoga semuanya akan terpahat dalam memori ini untuk selamanya dan semoga kalian diberkati Allah SWT, amin…(^___^*)

Notakaki :: Wahai orang yang bersedih, ketahuilah bahawa kesedihan itu ada jalan keluarnya. Bergembiralah dengan kebaikan kerana yang memberi jalan keluar adalah Allah. Putus asa terkadang bisa membunuh pemiliknya. Jangan sesekali berputus asa, kerana yang mencukupi adalah Allah. Allah menjadikan kemudahan setelah kesulitan. Jangan sesekali berkeluh kesah, kerana yang menjadikannya adalah Allah... Oleh kerana itu, Cukuplah Allah bagimu dalam setiap keadaan..(^____^*)

psstt ---> kepada kakak2 yang baik hati terima kasih banyak2 sebab belanja makan ais krim tadi.. sungguh sedap kan.. semoga kalian dimurahkan rezeki & diberkati Allah SWT..amin..

2 comments:

Noor Haszwani Yusoff said...

pin3...
tumpang lalu..
hehehe.
best main bdminton petang td..
InsyaAllah esk ada masa kita keluar lagi. tp akak nk pegi tgkp gmbr jek..
hehehe..

Nur Shamimi Jamudin said...

pon3....
laluan bertukar arah...
hihihi...
boleh2...keluar tau, jangn duk dalam bilik je...
hehe...
nnti mimi teman kak wanie g amek gamba ye...
pastu kita main badminton..
hihi..(^_____^*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...