Tuesday, January 11, 2011

Mulianya Hati Mereka..(^___^)

Assalamualaikum WBT…

Kejutan demi kejutan yang diterima hari nie..

Terlalu banyak sangat kejutan sehingga x tahu nak cakap ape.

Insan itu sungguh mulia hatinya..

Tak daku kenali siapa empunya diri..

Mungkin pernah bersua tetapi tidak pernah bertegur sapa..

Mungkin pernah bertembung tetapi tidak pernah mengeluarkan petah bicara..

Namun mulianya hati beliau mengirimkan sesuatu yang sungguh berharga..

Walaupun kecil barangnya namun tinggi nilainya..

Syukur Alhamdulillah kerana mengingati diri ini meskipun kita tidak pernah bertegur sapa.. Maafkan saya kerana tidak pernah berpeluang mengenali anda sebelum ini namun bersyukur kerana diberi peluang untuk mengenali dengan lebih dekat lagi, InsyaAllah..(^___^)

**********

Sahabat, terima kasih atas kiriman hadiah beberapa hari yang lepas..

Tak tahu apa yang hendak dikatakan..

Namun taniah atas penghasilan yang cukup indah..

Bersyukur di atas bakat yang dikurniakan oleh Allah SWT dan semoga bakat itu akan terus diwarisi serta digunapakai sebaik mungkin..

**tabik sungguh pada mereka yang mempunyai bakat dalam melukis, taniah ye..**

***********

Juga buat sahabat seperjuangan, terima kasih atas kiriman hadiah pagi tadi..

Sungguh terkejut dan terharu..

Meskipun hadiah itu berbalut kemas dari ‘tahun lepas’ dan menunggu masa untuk dibuka namun ianya sungguh bernilai.

Hadiah tu sungguh comel, terima kasih banyak2 ye..

**********

Kejutan demi kejutan yang mereka berikan..

Tak tahu apa yang patut diluahkan namun rasa syukur sangat2 sebab kejutan yang tiba itu seolah-olah meniup satu semangat baru untuk diri saya..

Syukran, terima kasih, thank you.. Semoga kalian semua diberkati Allah SWT..

(^_____^*)

Notakaki :: Sungguh2 terharu apabila seorang pendidik yang tidak pernah kita kenali atau tidak pernah kita teguri, namun beliau mengingati kita dengan penuh kasih sayang & siap ingat nama penuh lagi. Syukur Alhamdulillah..(^____^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...