Friday, January 14, 2011

Jatuh Bangun...

Assalamualaikum WBT…

Apa khabar semua?? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kuliah untuk minggu kedua tamat jam 12.30 tengah hari tadi. Meskipun kesakitan yang ditanggung sedikit sebanyak mengganggu tumpuan saya dalam kelas namun ada beberapa kisah menarik yang telah disampaikan oleh Puan Hajah Safiah Harun selaku pensyarah yang mengajar matapelajaran perkembangan kanak-kanak telah menarik perhatian saya dan memberi sepotong semangat untuk terus melawan kesakitan yang sedang ditanggung..

Semuanya hanya kerana suatu alat bernama “baby walker”. Haa, pernah dengar dan pernah tengok tak baby walker nie..?? *Gambar boleh ditengok di bawah ye*.. Ok ape kaitan baby walker dengan tajuk entry pada kali nie.. Baby walker, umumnya kita lihat budak2 yang baru nak belajar berjalan yang menggunakan baby walker nie kan. Kadang-kadang kalau mak-mak tengah sibuk dengan kerja, dia akan letak anak mereka di atas baby walker nie dan budak tu main, guna tolakan kaki untuk bergerak ke sana ke mari. Waa, Nampak mudahkan, budak tu pun boleh gembira. Tetapi hakikatnya, baby walker nie x bagus sangat untuk kanak-kanak tau.. Haa nak tahu x kenapa?? Sebabnya bila kita biarnya mereka bermain di atas baby walker nie, ia akan menghalang proses “jatuh bangun” budak tu. Ok secara analoginya, kalau budak2 tu tak gunakan baby walker, dan mereka cuba untuk belajar berjalan sendiri menggunakan kudrat kaki mereka, pasti mereka akan jatuh kan?? Itulah proses belajar untuk kanak-kanak. Bila mereka jatuh, mereka akan bangun semula dan belajar cara untuk berjalan sehinggalah mereka betul-betul mahir untuk berjalan.. Namun, harus di ingat, ibu bapa haruslah senantiasa mengawasi anak-anak mereka, mendidik anak mereka supaya terus berusaha untuk bangkit semula bila mereka jatuh ketika hendak belajar berjalan tadi.


baby walker
ihsan en google...
trimas

Itulah sebuah kehidupan. Sebenarnya kita sudah mengalami proses “jatuh bangun” nie sejak kita kanak-kanak lagi sehinggalah saat ini. Namun kita x mengetahui akan proses jatuh bangun kita semasa kecil kerana semuanya berada dalam minda bawah sedar! Cuba kita renung kembali, kalau kita tidak mengalami proses jatuh bangun semasa zaman kanak-kanak, mampukah kita untuk bangkit semula sekiranya ada dugaan yang datang menimpa kita! *tepuk dada, tanya hati*.. Kalau kita berjaya melepasi proses jatuh bangun semasa zaman kanak-kanak dahulu, pasti apabila kita ditimpa kekecewaan atau kesedihan kita dapat bangkit semula, seumpama kanak-kanak itu yang mampu untuk bangun semula dan terus belajar cara untuk berjalan.

Apabila berada dalam proses jatuh bangun tadi, kita tidak semestinya bantu atau tolong dia namun kita harus memberi bimbingan kepada dia. Memberi bimbingan dan sokongan supaya terus bangkit untuk bangun dan belajar sehingga berjaya. Seumpamanya apabila sahabat atau orang terdekat dengan kita ditimpa kekecewaan atau kesedihan, kita tidak semestinya membantu dia tapi kita mendidik dia, membimbing dia untuk terus tabah, kuat & sabar menghadapi segalanya. Ini kerana terkadang pertolongan yang cuba kita berikan akan melemahkan lagi dia atau menghalang dia dari terus menjadi kuat.

Pernah dengar mengenai kisah sang rama-rama x??

Pada suatu hari, seorang pemuda terlihat akan kesusahan sang rama-rama yang cuba untuk keluar dari kepompongnya. Untuk mengurangkan kesusahan dan penderitaan yang dialami sang rama-rama, lantas pemuda itu memotong kepompong sang rama-rama itu. Namun pertolongan itu sebenarnya bukan menyenangkan sang rama-rama malah menyakitkan lagi sang rama-rama itu kerana fitrahnya, untuk terbang bebas menggunakan kepaknya yang cantik sang rama-rama perlu melalui proses keluar dari kepompong supaya sayapnya menjadi kuat dan bebas berterbangan. Rentetan dari itu, akhirnya sang rama-rama itu mati kerana sayapnya sudah lemah dan tidak mampu terbang jauh seperti rama-rama yang lain..

Errmm, kisah sang rama-rama. Boleh dijadikan pengajaran buat kita bukan. Terkadang kita fikir, apa yang kita buat akan menyenangkan orang lain, namun sebenarnya kita semakin menyusahkan mereka. Oleh itu, kita tidak semestinya menolong mereka, tetapi kita boleh membimbing dan memberi dorongan kepada mereka.. **Haa, tapi tengok atas situasi lak, kalau sahabat kita betul-betul perlukan bantuan kita, jangan la x tolong pulak..**

Ok sampai di sini sahaja perkongsian untuk hari ini. Mohon maaf andainya ada tersalah bicara, terkasar bahasa. Akhir kalam, semoga kita semua akan terus kuat menghadapi segala dugaan yang menimpa kita. Jika berada dalam situasi yang kita sendiri tak mampu untuk kuat, ingat kembali akan proses jatuh bangun kita semasa kecil. Jika seorang budak itu mampu untuk bangun kembali selepas terjatuh mengapa kita tidak boleh bangun kembali selepas dugaan dan kekecewaan datang menemui kita..

*renung-renungkan & selamat beramal*

(T________T)

Notakaki :: saya akan cuba untuk bangkit semula & berjalan terus ke hadapan. Luka berdarah akibat terjatuh tadi pasti akan sembuh semula dan kesakitan yang dialami akan pulih. Apabila langkah kembali teratur, kebahagiaan pasti akan ditemui.. InsyaAllah..(^___^*)

5 comments:

Farah Awang said...

speechless baca entry ni.
mmg memberi semngat.
moga kak mimi pon btmbh kuat ye.
jgn dikenang bnda yg da lepas.
:)

Mohd Wakiyuddin Rosnan said...

go mimi... mimi boleh...!

Nur Shamimi Jamudin said...

paen :: terima kasih.. InsyaAllah kak mimi akan terus kuat.. doakan kak mimi kuat ye.. xmau kenang da benda yang lepas, kerana ianya akan berada dalam lipatan sejarah..hehe..(^____^*)

abg wak :: terima kasih banyak2 sebab bagi sokongan & semangat.. yeahh..mimi akan jadi lebih kuat.. semoga abg diberkati Allah SWT...(^___^*)

nhmy1303 said...

akak syg mimie byk2..=)

Nur Shamimi Jamudin said...

mimi sayang akak lebih dari akak sayang mimi...terima kasih atas segalanya.. semoga akak diberkati Allah SWT..(^___^*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...