Sunday, January 16, 2011

Ukhuwah...(^___^*)

Assalamualaikum WBT…

Update blog, update blog, update blog….

Saya da jadi makin rajin untuk mengupdate blog… *masih x sedar, peperiksaan da xlame da nie..haiyoyoy*

Ehh, kejap.. sebelum ke ayat seterusnya ada soalan nak tanya.. Haa,ape khabar semua?? Harap semuanya sihat sejahtera dan mudah-mudahan kita semua berada dalam jagaan Ilahi, InsyaAllah..(^___^*)

Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat sebab hujung minggu saya terisi dengan program yang dianjurnkan oleh Biro Kerohanian & Moral, JPP, IPG Kampus Ipoh nie..

Festival Ukhuwah 2011 ini telah dijalankan dengan jayanya dan teramat-amat seronok dan gembira dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan..

Festival nie bermula pada pagi hari Sabtu yang lalu. Dimulai dengan penyediaan sarapan pagi untuk program Qiam. Solat Dhuha berjemaah dan bacaan al-mathurat, syahdu rasa hati tatkala bersama-sama mengalunkan zikir-zikir indah itu. Program diteruskan lagi dengan aktiviti gotong-royong. Namun lujnah makanan ditugaskan untuk bergotong-royong di dapur surau seterusnya menyediakan makanan tengah hari.

Disinilah wujudnya ukhuwah. Meskipun setiap lujnah telah dibahagikan tempat dan tugasan mereka namun bantuan dan kerjasama yang telah mereka salurkan telah sama-sama mengurangkan bebanan yang ditanggung. Ya Allah, ukhuwah itu sungguh indah.

Dapur surau kelihatan sungguh riuh dan kecoh dengan pelbagai situasi menarik, gelak tawa dari ahli-ahli dan kerjasama dari semua yang melancarkan perjalanan majlis. Tidak kurang juga dengan keadaan di sekeliling surau, mereka kelihatan sungguh gembira bila sama-sama membersihkan rumah Allah ini. Meskipun diri ini sibuk di dapur dan tidak berpeluang untuk menyertai gotong-royong itu, namun gambaran wajah mereka menceritakan segalanya.

Selepas santapan tengah hari, kami terus bekerja bersama untuk penyediaan makanan malam harinya. Sekali lagi ukhuwah itu terjalin. Dapur surau itu menjadi saksi tempat berkumpulnya kelapan-lapan lujnah yang sama-sama memerah keringat untuk menjayakan program ini. Apabila dikatakan mengenai makanan, jangan hanya dipandang Lujnah Makanan sahaja kerana lujnah2 lain juga sungguh berbakat dalam memasak. Taniah, kalian memang terbaik.

Keletihan yang mencengkam jiwa hilang begitu sahaja kerana terlalu gembira dan seronok bekerja dengan mereka. Gelak tawa mengisi kerja-kerja kami. Ada yang terkejar ke sana ke mari mencari bahan, ada yang menangis sendiri tatkala mengupas bawang, ada yang baru mempelajari ilmu baru iaitu memasak dengan sukatan yang banyak dan banyak lagi. Sungguh seronok dengan suasana ini. Ukhuwah yang diharapkan terjalin akhirnya membuahkan hasil. *teringat akan kata2 seorang sahabat: di sinilah kita dapat mengenali sahabat-sahabat kita yang mungkin sebelum ini tidak pernah bertegur sapa*

Masa yang bergerak terlalu pantas seumpamanya pantasnya mereka bekerja. Ditoleh semula ke belakang, tengok-tengok banyak perkara yang sudah diselesaikan. Alhamdulillah. Tatkala solat asar berjemaah siap dilaksanakan, maka turunlah anak-anak muda yang bersungguh-sungguh untuk menyediakan juadah.

Si puteri sungguh manis dan comel berada di dalam dapur, menyediakan kelengkapan dan menyiapkan beberapa juadah. Manakala si putera pula sibuk berada di hadapan kawah untuk memerah keringat menyediakan juadah malam hari. Di suatu sudut lain, terlihat mereka-mereka yang berusaha untuk menghidupkan api bagi membuat BBQ.. *masih belajar untuk menyebut dengan betul, hehe*

Hampir 30 minit api cuba dihidupkan, akhirnya menyala juga. Seronok melihat mereka membakar.. baju, seluar & tudung habis berbau asap. Sekali lagi ukhuwah itu terjalin, meskipun masing-masing berada dalam posisi yang letih namun keletihan itu disembunyikan dek kegembiraan dan keseronokan apabila bekerjasama!

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, sehinggalah ke program di malam hari. Meskipun terlepas di awal forum yang dijalankan namun amat pasti dengan kebolehan ahli panel yang saya kira cukup hebat pada malam tadi. Solat berjemaah dan makan malam menjelang tiba selepas forum tamat. Majlis malam itu sungguh seronok dan gembira, gelak tawa bersama mereka, melihat mereka gembira, bekerja dalam sebuah kumpulan. Semuanya cukup indah.. Syukur Ya Allah..(^___^*)

Gambar sepanjang hari pertama :-





















*************

Festival ini sudah sampai ke hari kedua.. Hari terakhir.. dimulai dengan penyediaan sarapan pagi, bacaan al-mathurat dan solat dhuha berjemaah. Indah, sungguh indah.

Seterusnya bergerak ke padang bola untuk aktiviti senamrobik dan sukaneka. Sungguh seronok dapat menyertai senamrobik yang diadakan. Mereka sungguh aktif. Namun harap maaf, tidak dapat sertai sukaneka itu kerana kesihatan tidak mengizinkan. Hanya menjadi pemerhati kepada mereka. Kerjasama, persaudaraan & ukhuwah jelas terpancar pada wajah masing-masing. Lari bersama-sama, berpimpin tangan, mengalunkan zikir kepada Ilahi, mengucap takbir pada Yang Maha Esa. Sungguh sayu. Kuatnya mereka…

Program Festival Ukhuwah 2011 berakhir jam 12.30 tengah hari. Masing-masing kelihatan penat namun penat yang di sulami keseronokan dan kepuasan. Ukhuwah itu sungguh indah…









Terima kasih buat semua yang menjayakan program ini. Kalian adalah yang terbaik..(^___^*)

notakaki :: Ukhuwah itu bagai seutas tasbih. Ada awal, tiada penghujung. Dicipta untuk mengingatiNya, dibahagi untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya..

maaf hanya nie je gambar yang ada.. nie pun amek ngan orang & maaf x sempat untuk tulis sesuatu berkaitan gambar, membiarkan gambar berbicara sendiri..(^__^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...