Thursday, January 27, 2011

Fikir-fikir Bestari

~ YOU DON’T KNOW YOUR LUCKY STAR ~

Assalamualaikum WBT…

Apa khabar semua, harap semuanya sihat ye.. Sekarang nie saya berada dalam mood nak bercuti. Xsaba woo nak balik kampung jumpe keluarga, meskipun balik KL dulu pastu baru balik Terengganu tapi sekurang-kurangnya dapat balik kampung jumpe mak ayah.

Ok, berbalik pada kata-kata di atas “YOU DON’T KNOW YOUR LUCKY STAR”. Kata-kata nie dikongsi oleh salah seorang pensyarah yang mengajar saya sem nie. Haa pensyarah nie suka bagi kata-kata hikmah & saya suka ‘curi’ kata-kata yang dia bagi. Kadang-kadang kata2 nie dapat bagi kita semangat atau motivasi tau.

Ermm korang faham x mengenai kata-kata yang diberikan kat atas tu?? Maksud yang cuba nak disampaikan ialah ‘kita xpernah tahu akan tuah atau nasib baik kita kan’. Betul x? xada sape yang tahu ok! Secara analoginya kata-kata nie disampaikan melalui sebuah cerita. Ceritanya berbunyi begini. Di sebuah kampung nelayan tu, ada la seorang lelaki yang hidupnya bekerja sebagai seorang nelayan je. Dari kecik sampai la ke besar, laut menjadi tempat beliau mencari rezeki. Dia x pernah pun merantau ke tempat lain untuk mencari kerja yang lebih selesa sebab bagi dia laut adalah segala-galanya dan lagipun dia sendiri xbiase ke tempat lain. Erm nak cakap pasal rupa, xada la handsome macam orang keja kat pejabat. Ala kita pun sendiri faham macam mane rupa mereka yang kerja di lautkan *PERINGATAN YE, TIADA NIAT UNTUK MENGHINA SESIAPA PUN*. Nak dijadikan cerita, suatu hari datanglah seorang pelancong dari Switzeland yang melancong ke pulau tersebut. Pelancong luar negara yang teramat cantik tu berkenan kat lelaki yang bekerja sebagai nelayan tu. Pelancong tu berkenan kat lelaki tu sebab lelaki tu rajin dan baik orangnya. Haa lepas da terpikat, pelancong tu berkahwin la dengan nelayan tu. Di akhir ceritanya ialah nelayan tu ikut pelancong tadi balik ke Switzeland! Kalau korang jadi nelayan tu, ape korang buat @ ape perasaan korang?? Mesti x caya kan & mesti korang fikir korang adalah insan yang bertuah! Da la dapat isteri yang lawa pastu free2 je boleh g negara orang. Waaa menarik bukan, nelayan yang tak pernah mengimpikan untuk keluar negara telah berjaya sampai ke sana tanpa ada usaha yang susah pun! Haa tu yang kita panggil ‘KITA X PERNAH TAHU AKAN TUAH YANG KITA MILIKI SEBAB SEMUANYA DATANG SENDIRI, KADANG KALA TANPA KITA DUGA IA MUNCUL’.

Sama seperti dalam kehidupan yang kita miliki, setiap tuah atau rezeki yang datang kepada kita x kan diberitahu bila nak datang @ bila nak muncul. Pernah tak kita alami, kita teringin sangat nak kat sesuatu benda tapi tak ada orang lain yang tahu, pastu tiba-tiba kita dapat apa yang kita nak tu tapi melalui orang sekeliling . ermm itulah rezeki namanya. Allah SWT lintaskan benda yang kita nak tu pada hati orang lain supaya apa yang kita nak tu tercapai. Oleh itu bila kita terhajat untuk sesuatu & tiba2 dapat apa yang kita nak, marilah sama-sama kita ucap Alhamdulillah…(^____^*). Rezeki tu, Allah SWT da makbulkan hajat kita.

Haa, tu sebahagian dari contohnya sahaja, banyak lagi benda lain kan. Kadang-kadang kalau bab hati & perasaan pulak mungkin kita x pernah menyangka yang kita akan bersama dengan orang yang da lama kita berkenan atau kagumi. Mula-mula kita je yang simpan perasaan kat dia, alih-alih rupanya dia pun sama. So semuanya berada dalam konsep yang sama iaitu ‘KITA X PERNAH TAHU AKAN TUAH KITA’.. Meskipun kita berada dalam situasi yang sukar atau sedih ke, kita pasti mengharapkan kebahagian tu datang kan. Tapi ape2 pun bersabarlah sebab setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya dan hikmah itulah “LUCKY STAR” yang akan kita terima nanti cuma bila waktu dan keadaanya kita tak tahu.

Rasanya sampai sini sahaja perkongsian untuk hari nie. Harap2 apa yang cuba disampaikan nie sampai maksudnya. Buat korang2 yang menanti ‘LUCKY STAR’ tu, bawak banyak2 bersabar ye. Sebab setiap dari kita pasti berpeluang untuk menerimanya. ALLAH SWT tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Sama ada cepat atau lambat, semua akan memilikinya..(^____^*)

Mohon maaf kalau ada terkasar bahasa, tersilap kata. Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH SWT dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya. Selamat Bercuti buat semua, enjoy ur holiday. Haa yang da dapat tugasan tu jangan lupe siapkan tugasan anda. Jaga diri & semoga kita semua sentiasa diberkati ALLAH SWT & berada dalam limpahan dan rahmat dari-Nya. Amin..(^____^*)

notakaki :: Jika Allah cepat makbulkan doamu, DIA menyayangimu. Jika Allah lambat makbulkan doamu, DIA sedang mengujimu. Tetapi jika Allah tidak makbulkan doamu, bermakna DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...