Thursday, December 23, 2010

Saki Baki Yang Tinggal

Assalamualaikum WBT..

Tik tok..tik tok..tik tok..tik tok…

Waa, da x sampai 10 hari lagi..

Cuti da nak habis ooo..

Kalau diikutkan, tiket bas saya bertarikh 1 Januari 2011.. *tiket balik Ipoh ye*…

Tinggal 9 hari ye lagi duk umah.. jap2 bukak calendar, *tengok bila lak cuti akan datang*..hehe…

Saki baki yang tinggal nie, rupenya ada banyak ag benda yang nak buat…

Study ---> ok memandangkan final exam saya xamek lagi, maka tiada perkataan bersenang lenang da dalam kamus hidup buat smentara waktu nie..*tapi agak tertekan sebab SUP masih x maklumkan bila tarikh exam saya, sedangkan sebelum cuti aritu cakap bulan Januari. Encik tolong la bagitau tarikh ye, saya agak mengelabah di sini. Tett, saya da tel ye bahagian SUP & katanya ‘nanti kami akan maklumkan kepada awak tarikh tu untuk awak bersedia’..ok kembali tenang..hehe*. Ape2 pun Alhamdulillah persiapan tu da di buat serba sedikit, moga2 dipermudahkan segala urusan. Amin..(^__^)

Khatam buku ---> Buku punye la banyak beli.. bila la nak bace tu “kata adik saya kepada saya”…hehe.. tu ar punye ar banyak beli tapi x khatam2 lagi.. Matlamat saya nak khatamkan dua buah buku & yang selebihnya angkut bawak balik Ipoh..*ok x cadangan nie*.. Bukan ape, x ada mase nak baca sebab kadang2 kena bagi tumpuan yang lebih pada buku “PPISMP BAHASA MELAYU 1 & 2, NOTA KS, NOTA PJ”..haa, semua berebut mahukan perhatian nie..hehe.. Tapi kadang2 lau saya agak tertekan untuk study, saya belek buku yang dibeli tu.. biar seimbang sikit otak nie..

Ubat ---> habiskan stok ubatan… haishh satu perkara yang sememangnya pening den nak piker.. huhu.. *macam mane nak habiskan ubat nie* saya seorang yang susah nak makan ubat, tapi bila da sakit padan muke. Tanggung sorang2, takut nak gtau mama *nanti kena marah*..hehe.. ubat kena habiskan sebab 30 aribulan nie ada date lagi ngan doktor.. rawatan susulan + amek stok ubat yang baru.. *teringat kata2 doktor, kalau paras kalsium awak x naik, ubat xleh dikurangkan*..haaa sudah.. kena minum susu banyak2 nie.. susu boleh naikkan paras kalsium kan..hehe

Pantang ---> saya suke perkataan PANTANG… pantang makan la.. dari sebelum operate sampai ke saat nie saya masih berpantang. Bila da lame2 pantang nie best jugak.. Minuman berais da lame x minum, walaupun da boleh minum.. kadang2 bila nak minum ais teringat kat diaorang yang selalu cakap “Haiiipp, jangan minum ais”…hehe.. kuat betul pengaruh mereka tu.. ape2 pun ma kasih ye.. *boleh awet muda oo x minum ais*..hehe. Walaupun kadang2 pantang2 yang lain tu saya langgar, tapi bila fikirkan diri yang belum sembuh sepenuhnya saya tahankan diri nie.. Pantang nie x cukup 100 hari lagi, tahun depan baru cukup.. ‘menghitung ari untuk habiskan pantang’..hehe. Tibe2 teringat kata2 seorang sahabat ‘sihat luaran x semestinya dalaman kita sihat, betul jugak tu.. doktor pun cakap jangan amek sebarang risiko, sebab pemedahan awak nie kat dalam, luke dalam sapa yang nampak’ so mimi sila BERJAGA-JAGA..(^__^)

Keluar ---> haish, x habis2 lagi ke nak keluar.. nie yang terbaru dapat jemputan dari kawan mase kat sekolah menengah, diaorang ajak keluar sebab ada sorang kawan saya tu baru balik dari Sabah. Teringin sangat nak jumpe dengan beliau, rindu yang teramat.. Harap2 dipermudahkan segala urusan untuk keluar *mama, tolong luluskan pinjaman kereta pada hari tu ye*, hehe..

Habiskan masa dengan keluarga ---> Haa 9 hari lagi yang tinggal & ini yang penting. Memandangkan adik2 & mama saya je yang ada kat rumah sekarang nie, saat bersama mereka tersangatlah berharga. Aina seorang yang susah nak balik kalau dia da balik Dungun, dia akan balik time cuti ye. Kadang2 cuti kiteorang x sama, jadi masa yang ada nie memang banyak habiskan dengan adik2 saya. Bawak mereka ke mana je diaorang nak g walaupun saya da puas g tempat tu…hehe.. Mama, sememangnya orang yang akan saya rindui.. hehe.. tapi mama pun cakap ‘sementara mimi, aina ada kat rumah nie mama akan masak lauk kegemaran kamu semua, mama nak buat ayam percik, nasi ayam, & macam2 ar. Aduii makin bulat la pipi nie.. Sampaikan kalau keluar ngan mama pun banyak duit mama habis untuk kiteorang. Segan gak macam 2, *eleh padahal suke*…hehe. Thanks mama, sayang mama..huhu

*********

Ermm, sememangnya cuti akan melabuhkan tirainya x lame lagi.. nanti bukak sem baru makanya banyak benda baru yang bakal muncul. Bila di fikir2kan takut jugak, takut diri nie x mampu nak hadapi hari yang mendatang. Yela dengan tugasan yang bakal dipikul, tanggungjawab sebagai seorang pelajar, seorang anak, seorang hamba dll. Dengan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya, mampukah diri nie. Ya Allah kepada-Mu aku berserah.. Semoga dikuatkan hati & diri untuk hadapi semua itu. Amin..

Okey, kepada korang semua, hargailah masa cuti yang masih bersisa nie ye.. buat perkara yang berfaedah ye.. hehe..Dan yang paling penting jaga diri nanti xleh masuk belajar seperti tarikh yang ditetapkan,hehe. *tibe2 teringat pada kawan2 yang demam, mungkin sebab cuaca x menentu kot sekarang nie, ape2 pun semoga korang cepat sembuh ye. Amin*

Sekian dulu, kepada rakan2 IPG Ipoh jumpe bukak sem nanti…hehe

(T_________________T)

notakaki :: Manusia hanya mampu merancang, namun Tuhan yang menentukan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...