Sunday, December 19, 2010

Keluar Berderak

Assalamualaikum WBT…

Ape kaba semua, harap semua pembaca berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.. terima kasih diucapkan kepada saudara, saudari yang sudi membaca entry yang ditulis nie.. –macam tulis ayat untuk laporan lak- haha…

Ari nie ari ahad kan..?? haa, cuti2 macam nie ke mane destinasi yang dipilih? Shopping complex, kedai, kebun, rumah kawan, melancong @ duk kat bilik ke..?? Haa, x kira la kat mane korang habiskan masa hari nie pasti ada benda menarik yang korang buat kan..

Ok, ok sebelum korang semua keliru ngan tajuk post kat atas nie, meh sini nak terangkan sikit. Haa, keluar berderak tu maksudnya keluar g jalan2, lepak2 & seangkatan dengannya lah. Kalau orang tua2 kat sini dia cakap ‘Ho,nak g derak mano tu’.. kata sang ibu kepada anaknya.. Maksudnya ‘ha, nak keluar g mane tu’..lebih kurang gitu la…

Saje je wat tajuk macam 2 sebab satu hari nie, masa saya dihabiskan dengan keluar berderak..hehe..

Yela cuti sebulan lebih & tinggal beberapa hari & beberapa minggu je lagi tapi saya x berpeluang untuk keluar dengan rakan sekelas saya..

So, planning punye planning akhirnya kiteorang pilih arinie nak kuar same2 sebabnya hari nie baru semua ada mase free sikit..

Seawal jam 9 pagi, saya keluar dari rumah saya yang terletak di Kg Raja & drive keta g amek Eira a.k.a kak ba kat rumah dia di Kuala Besut. Perjalanan memakan masa 15 minit gak ar.. da amek dia straight g rumah Anith kat Jerteh..

Haa, lau datang ke Besut nie, Jerteh merupakan pekan yang diberi tumpuan la.. sebab semua ‘pusat membeli belah’ terletak di situ.

Kalau xnak ke Jerteh, korang leh lepak kat Kuala Besut, lau kat Kuala Besut tu ada pantai & projek2 berkaitan dengan perikanan memang popular ar kat Kuala Besut tu. Haa, jeti ke Pulau Perhentian pun terletak di Kuala Besut.

Manakala Kampung Raja lak merupakan tempat di mana semua pejabat gah membangun di situ. Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Tanah, Air, PEjabat Agama, Mahkamah & macam2 ar, semuanya tertumpu di Kampung Raja.

Macam pemandu pelancong lak…haha…

Lebih kurang dalam kul 10 pagi akhirnya sampai la kat rumah Anith, lepak2 kat rumah dia, borak2 sekejap & terus kuar g pekan Jerteh tu. Walaupun Jerteh tu besar giler tapi still xdapat jadi Bandar lagi, xtahu la nape..hehe…

Mulanya ingat nak park keta kat umah Anith je, alih2 hujan turun mencurah2 ke ladang gandum. So plan terpaksa diubah, nak xnak terpaksa drive keta masuk pekan tu. Bukan ape, tension ooo drive masuk tu time hujung minggu, sesak yang teramat. Tapi di sebabkan hujan terpaksa la bawak.

Alhamdulillah masa kiteorang g tu, x ramai lagi orang & park keta kat kawasan berbayar. Biar kena bayar asalkan keta saya selamat & xyah pening2 kepala… Rm1 je pun park situ lama2, xrugi pun…hehe

Haaa, tujuan nak sangat ke Jerteh tu bukan ape, ada benda yang menarik saya ke situ. Da lama kot daya penariknya tapi selalu xada masa free nak kuar.. Selama nie tengok iklan yang tergantung je sambil menahan rasa nak g Jerteh tu. Nak tahu ke ape daya penarik yang ada kat Jerteh tika nie..??

Ok, nielah yang menarik saya untuk melawat Jerteh hari nie…

Tarrraaannngggggggg..!!!!




Tengok, ape yang di tulis tu… PESTA BUKU….

Ok, saya seorang yang amat teruja apabila di sebut mengenai kedai buku, buku & ape je pasal buku… Memandangkan buku yang dibeli baru2 nie da habis dibaca, so amek peluang nie untuk tambahkan koleksi. Hari2 saya tel anith tanye ‘anith banyak xbuku dia jual’, ‘anith ada lagi x pesta buku tu’ & macam2 ar…

Rase macam mimpi je sebab boleh g sana…hak3x…

Ok, bila masuk ke sana, saya x ingat ape2 da.. saya x hiraukan da keadaan sekeliling saya. Saya x hirau da hujan rebut kat luar tu sebab dalam fikiran saya masa tu ialah cari buku… haha…

Best ooo, buku semua murah2.. terus cari & mencari.. buku tu saya amek, buku nie saya amek.. Last skali x tahu nak pilih buku ape. Yela buku yang da lame idamkan + lak harga murah.. Saya jadi TERUJA… haha.. Anith & Eira terpaksa ikut saya ke hulur ke hilir..haha –sori ea kawan2 & trimass sebab sudi menemani-..

Ok hampir sejam berada kat situ, saya akhirnya membeli 5 BUAH BUKU…. Hehe.. Banyak ke..?? saya tahu agak banyak pada pandangan korang, tapi itulah hakikatnya. Alhamdulillah x lebih bajet..hehe..

Kuar dari pesta buku tu, singgah lak kat kedai buku ‘Muda Osman’, kedai buku yang amat popular lau di sebelah Pantai Timur nie.. masuk sebab nak cari penanda buku.. –buku stop GODA saya, da 5 buah saya beli-..hehe..

Di sekitar PESTA BUKU



pelbagai jenis buku yang dijual..(^__^)




Anith
(^___^)


saya & Aina *adik Anith*


Eira
(^____^)


buku yang di beli..

Da siap beli2 buku, kiteorang terus gerak pusing Jerteh. Jalan kaki lagi best & nasib baik cuaca ok, x hujan lebat. Singgah masuk kedai kain jap coz Eira nak cari tudung tapi x jumpa yang sesuai. Pastu masuk ‘Zon Ria’ lak, xada motif masuk sini..-saja nak tengok2 orang-..hehe..

Hampir 2 jam berada kat Jerteh kiteorang pun balik rumah Anith lak sebab saya nak amek nota. Fuhh, langkah kanan betul g rumah Anith, dapat makan tengah hari..-lauk pulak sedap2-.huhu…

Duk borak2 sambil fikir mane lagi nak g. kiteorang lau berpeluang kuar rumah, memang sampai ke petang ar keluar.. lepas sama2 duk fikir maka keluarlah idea nak g ‘Pantai’..

Tanpa buang masa, solat zohor & terus gerak g Pantai Bukit Keluang. Salah satu pantai yang terkenal di Besut nie. Jemput la datang ke Besut ye.. Pantai nie 5- 10 minit je dari rumah saya *lau naik keta la*..hehe…

Sebelum sampai ke pantai 2, saya singgah bawak diaorang makan ABC.. tapi semua buat keputusan beli bungkus & makan kat pantai, lagi best..!!

Lepas da beli, gerak g pantai & nasib baik orang x ramai.. waaa, best ooo… angin sepoi2 bahasa, ombak menganas, makan ABC.. memang satu pengalaman yang menarik ar.. Nak tahu kisah kiteorang di pantai, jom tengok gambar ye…





lepak makan air jagung parut..
yummmyyy..
*oppsss, ais..!!!*..(^___*)




rindu zaman kanak2, naik buaian, main gelongsor..
hehe


sekitar pantai..


kami..
(^_____^)






candid itu cun...
haha..

Haaa, best kan… xleh amek banyak sangat gambar sebab angin kuat sangat. Jam 4.30 petang, pantai tu kami tinggalkan.

Memang puas hati ar keluar berderak hari nie.. hepi sangat2 dapat keluar ngan diaorang semua… Destinasi selepas ke pantai ialah saya hantar Eira & Anith pulang ke rumah mereka..



ayuhh pulang....



Ingat ke sampai sini je cerita ari nie, alih2 Aina adik saya tel & ajak saya ke pasar malam. Sampai rumah, solat asar & kuar g pasar malam lak. Fuhh sesak, ramai kot orang kuar g pasar malam. Jalan2 pusing pasar malam & sampai rumah hampir magrib.

Alhamdulillah, walaupun penat tapi sangat2 gembira & bertambah gembira melihat orang sekeliling saya gembira…hehe..

notakaki :: untuk rasa gembira, buatlah perkara yang boleh buat anda & orang sekeliling tersenyum gembira..

Ok, ceriakan hidup anda selalu..

(T____________T)

2 comments:

Unknown said...

mimi...
nnt nk pnjm...
hahah

Nur Shamimi Jamudin said...

orite.. boleh saja...
nanti aku bawak g Ipoh..
hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...